Thursday, October 1, 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


aSsaLamualaikuM


akHirnya Settel juga assignment Kawe..lega rasenya..hampir 3 jam gak..huhu..

2 3 ari nie Bilik Kawe asyik Mendapat wireless yang Strong..nam wireless 2 is golok budu siam..hahaha..roomate kaWe beli..so kawe guna kesempatan yang ada nie..sori roomate ea..



thiS is my big family..gambar nie amek time ari raya ari 2..kawe kat tepi skali(baju wana pink..haha)

tengok sdiri la gambar nie..kawe nak crita pun banyak sal gambar nie..hahaha

ok la,kawe nak tido lu...len kali kawe kongsi plop cite laen..
salam.................


"LayanJeLa"

Wednesday, September 30, 2009

aKu x Tahu kEnaPa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Salam..

aku x tahu kenapa
semenjak 2 nie, fokus ku pada pelajaran semakin kurang..
bukan ku x fokus time Lec duk mengajar
aku da cuba study balik apa yg diajar
tp xdapat gak..

aku x tahu kenapa
semenjak 2 nie, aku ase srebut sangat kepala
terase bebanan pemblajaran banyak sangat
dengan assignment nya la
dengan report amali nya la
dengan perangai bdak2 kelas nya la

aku x tahu kenapa
semenjak 2 nie,aku ase nak melaung je
aku ase kalo aku melaung aku dapat ringan kan sedikit bebanan
tapi laungan macam x nak keluar je
makin tension dibuat nya

aku x tahu kenapa
semenjak 2 nie,aku ase banyak kerja nak buat
tapi aku x tahu ape kerja nya
kalo tahu pun, aku x tahu guane nak start

kenapa!
kenapa!
dan kenapa
aku x tahu............!

aaaaarrrrrghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bukan Nya aku meNyepi...........

deNgan naMa AllaH yAnG mAha PengaSih Dan Maha Penyayang

AssaLamualaikum.............


Lama tak update blog..huhu..Banyak kali gak sahabat duk tanya,"bila nak update blog mey".."nape x update blog"..Timo kaseh sahabat2..

Bukannya menyepi..Bukannya tak nak update ..tp masa yang x mngizinkan ku tuk update blog..
masA yang cemburi ngan aku...mAsa yang nak bermanja ngan aku..haha..seBab tu xupdate blOg..

tapi aku x salah kan maSa..mungkin salah ku JuGa kerna tidak menggunakan masa dengaN betoL.. mUngkiN aku tak ManFaat MaSa dengan sebaek nya..@ mungKin juga aku mengguNa masa dengan perKarA2 yang x bermanfaat..

tapi malam ni aku mencuri sedikit masa tuk aku memposting blog nie..

bukan nya nak kongsi crite baru,juga bukan nak luah something.. tpi sekadar melepaskan rasa kebosanan aku malam nie......hahaha

"ApeNi....LayanJeLa"

Wednesday, July 29, 2009

Aku HaNya beRserAh pAda Mu





Selam aleykum


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Arini agak free sket.. So bleh la nk update blog.. Kalu sebelum nie duk wat repot akhir.. Ye la 2 3 ari lagi poli da nak buka (baru kalut nk siap repot)..huhuhu

Entri kali ni speacial 4 DRIVER.. Maklum la sari 2 lagi 1 Ogos.. Nak jalan jauh.. Bila da jalan jauh, ada la yang rase ngantuk.. Bila da ngantuk otak kita da x berfungsi n sedar, mata tertutup, tangan n kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu.. peratus untuk xcident 2 tinggi 99% (kajian yang kata)

So kat bawah nie ada sket tips tuk drivers seblum memulakan perjalanan:

sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi
boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ

“LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM...”
(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah
dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu
memulakan perjalanan anda

ditambah dengan ayat:


“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X


Moga Allah melindungi kita semua

Monday, July 27, 2009

Oh Tuhan

Selam Aleykum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang

"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta"
Al Ankabut:2-3

Hai pejuang..Allah jadikan kita hidup di alamNya ni ada tujuan, ada matlamat.. Apa matlamatnya? Apa tujuannya? Allah telah memberitahu kita dalam ayatNya

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku"
az Zariyat:56

Hai pejuang.. Cukupkah amal ibadahmu? Yakin kah dengan amal ibadahmu itu? Yakin kah dengan amal ibadahmu itu, kamu akan berada di tempat yang selesa?

Hai pejuang.. Apakah kamu boleh senang2 hidup di alam sementara ini.. Tidak pejuang.. Kamu akan di uji oleh Allah sebagaimana Allah telah menguji orang2 yang sebelum kamu...

Mengapa Allah menguji aku?
Mengapa tidak menguji orang lain?
Mengapa ujian aku lebih berat sedangkan orang lain tidak?
Mengapa sukar untuk aku menerima ujian ini?
Mengapa?
Mengapa?
dan Mengapa??? Aku sering tanya pada hati..
Kalaulah aku tahu ttg hadith ini....

"Sesungguhnya Allah SWT apabila mengasihi satu kaum, dicubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat keredhaan Nya. Barangsiapa yang benci (marah) maka baginya kemurkaan Allah SWT"

Subhanallah... Setiap ujian yang Allah berikan kepada kita itu adalah tanda Dia kasih pada kita, tanda sayang kepada umat Nya..

Tapi ingatlah pejuang... Kalau kita tidak berhubung denganNya, tidak bertawakal kepadaNya, tidak berpegang kepada kitabNya dantidak mengikuti Sunnah Nabinya... Maka kita sebenarnya dalam keadaan musibah yang besar...


Wednesday, July 22, 2009

Cintanya di Ragut di Tengah Sahara

Ummu Aiman menoleh ke blakng. Menolah ke kiri. Menoleh ke kanan. Seluruhnya padang pasir kosong. Padang pasir gersang sesayup mata memandang. Tahulah dia, kembaranya itu sudah jauh benar meninggalkan pangkalan. Tidak mungkin berpatah semula. Mesti terus ke depan selagi boleh sementara mentari masih bercahaya.
Tetapi angin yg bertiup kencang mula menghalang perjalanan. Semakin lama semakin dengan bunyi deruan yg sangtat nyaring. Bergema seperti sura lolongan sekawan serigala yg memuja bulan purnama, membangkitkan rasa seram. Tidak ada petunjuk ia akan reda dlam waktu yg singkat.
Ummu Aiman sudah terbatuk2. Begitu juga dgn cik puannya. Tidak terdaya lagi mancabar kekuatan alam yg satu itu. Mereka sedang berhadapan ribtu pasir yg menakutkan. Satu cara sj untuk menanganinya ialah mencari tempat berlindung. Itu lebih selamat.
“ Disana cik puan..ada batu besar. Kita berlindung di sana,”
“Mari..” balas Aminahsambil memeluk kemas anak kecilnya yg sudah diselimut rapi.
Setelah cuca pulih, masih tidak kemana2..kerana badan Aminah terasa lemah. Batuknya menjadi2.Ummu Aiman menyedari keadaan yg tidak memuaskan itu. Dia tidak sanggup berdalihapabila ditanya oleh anak majikannya.
‘Ibu kurang sihat. Kita perlu berehat dulu disinisampai ibu pulih,” jawab Ummu Aiman
“Berapa hari”
“Mungkin sehari dua lagi.”
Banyak kali Ummu Aiman mmenahan sebak malihat anak majikannya begitu setia menunggu ibu nya pulih. Tidak pernah meninggalkan ibunya yg terbaring kelesuan. Mengusap2 tangan ibu, mengajak ibu berbicara. Membelai2 manja wajah ibu, meminta ibu melukiskan senyumannya.
Menyuap makan dan minum apabila ibu mahukannya. Semuanya dilakukan oleh si kecil berhati mulia itu. Apabila ibu terlena, ditatap puas2 wajah ibu. Seolah2 tidak pernah dia menatap sebegitu cermat seraut wajah kecintaannya itu.
Apbila ibu terjaga, dia merenung jauh ke dalam mata ibu yg semakin layu. Mencari anak mata yg semakin pudar sinarnya. Dan semakin hari mata itu semakin jarang pula terbuka. Oh! Pilunya hati melihat ibu begini! Tuhan… bagaimanakah kesudahan nasib ibu? Kembalilah kesihatan ibu. Aku mahu pulang bersama ibu. Mahu berbual2 dgn ibu dan bergurau mesra seperti selalu. Oh! Tuhan..!
“ Muhammad..” Aminah membuka suara. Sambil cuba membuka senyumannya. Tetapi sekejap saja.
“Ya, ibu. Muhammad disini.”
Aminah cuba lagi tuk memberikan senyumannya. Gayanya seperti ada sesuatu yg hendak di beritahu. Tetapi tidak terucap. Mengah dengan nafas yg terputus2. Akhirnya dia sekadar memanjangkan sedikit senyuman pudarnya sebelum memejamkan mata dgn lambat sekali. Tangannya yg menggenggam beransur2 merenggang.
“Ibu…”
Tiada jawapan. Tangan ibu tidak lagi menggenggam. Hanya hangatnya masih terasa. Ummu Aiman yg berada di situ tidak dapat menahan perasaannya lagi. Tak upaya menahan sebak yg seperti mahu memecahkan dadanya.
Akhirnya dia tunduk saja mendengar anak kecil di hadapannya berkali2 memanggil ibunya.
“Ibuuuuuu!!!”
“Ibuuuuuu!!!”
Dipaut anak kecil itu yg sedang teresak2 ke dalam rangkulannya. Kemas pelukan Ummu Aiman persis pelukan ibu yg memulihkan duka anaknya..
Ibu yg sama2 mengharungi padang pasir yg panas membakar oleh haba siang dan dingin menggelatuk pada suhu malam.
Rupa2nya kembar a ibu sama seperti kembara al marhum ayah – keluar marantau dan tidak sempat pulang. Seperti ada pesan yg tidak terucap. Ada soalan yg tidak berjawab. Dan hinggalah akhirnya perlahan2 tangannya terlepas dari genggaman ibu. Alam dan seluruh isinya bagai turut meratapi saat penuh kesayuan itu.
Ummu Aiman hanya mampu memujuk agar tangisan tidak berpanjangan. “Sudahlah, nak. Ibu dah tak ada lagi.”
“Ibuuu..” suara lirih bersulam esakan, cukup meruntun tangkai hati. Mengheret Ummu Aiman hanyut semula ke dalam lautan emosi. Lalu semakin kemas dia merangkul tubuh anak yatim piatu itu. Di dalam hati dia bertekad akan memelihara dan menjaga anak itu seperti anak sendiri. Akan mencurahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada anak itu.
Ummu Aiamn tidak akan mensia2kan anak yatim piatu yg masih teresak2 menahan sedu dalam pelukannya itu. Walau tiada ibu tempat bermanja, anak itu masih punya dia – inang pengasuh yg sangat penyayang……

Friday, June 19, 2009

Baca Lu

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membaca artikel ni sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

FikiR2kAnLa
ReNung2KanLa


"ApeNi..LayanJeLa"

Thursday, June 18, 2009

RindunYer

Dengan Nama ALLAH Yang MAha Pemurah LAgi Maha Penyayang..

Ari nie nk koNgsi sket sal xtvt kwe selama berada di aras... Bertarikh 06/06/09 tamat la LI..Semiggu awal dr sahabat2 lain..huhuhu...

Belakang:akhi imran, akhi khari, akhi falias, akhi syamil
Depan: akhi hambali, kawe, ak
hi mizan, akhi asyraf

Dalam mAsa lebih kuraNg 5 bulan 2, byk program kami sertai, kami ikuti, kami hadiri, dan ada juga yg kami wat sdiri...

Kat bwh nie ada sket gmBAr xtvt2 kami...

ni time g Sg Lembing

ni plak men futsal

Gambar ni time persediaan umah terbuka

sume makanan tuk umah terbuka kami yh buat sdiri..nk save bajet..huhuhu



dan byk lagi laaa


sebenarnya prgrm2 nie tuk persediaan kami berjuang kelak..InsyaAllah. Dan juga tuk makanan rohani...kita hanya thu perut je lapar..tp rohani....kta xthu...

Renung2kan lah...Wallahua'lam

"ApeNie..LayanJeLa"

Wednesday, June 17, 2009

Ujian Dalam Kesabaran

"Ada sebuah kafilah yg baru balik dari berniaga," singgah di telinga Aminah bualan 2 orang lelaki yg berdiri membelakanginya, sedang memilih barang2 keperluan mereka.

"Dari mana?"tanya si rakan pula.

Tetapi jawapan itu tidak sempat memasuki ruang pendengaran Aminah.


Aminah x jdi membeli keperluannya,bergegas meninggalkan pasar.Hairan Ummu Aiman melihat tuannya itu. Melihat tuannya tenang, barulah dia bertanya,"hendak kemana kita ni?"


"Ada rombongandagang baru pulang dari berniaga,"jawab Aminah..Ummu Aiman yg menjadi pembantu setia itu sedia maklum akan kata2 itu..Telah sekian lama tuannya itu terseksa dalam penantian.

Aminah ke tempat orang ramai selalu menyambut ketibaan rombongan dari luar Makkah.Hatinya tiba2 menjadi riang,bercampur sayu.Dari jauh kelihatan berpuluh2 ekor unta yg sarat dgn barang2.

Aminah ingin tahu benar, kafilah dagang dari manakah itu.Tetapi tidak sampai dia perlu berlari2 ke sana hingga terasa merendahkan maruahnya.Aminah masih boleh mengawal diri..

“Kafilah dari mana tu?” Aminah bertanya kepada seorang wanita yg barangkali juga menanti sepertinya..

“Yaman,” jawab wanita itu sepatah..Aminah hampa.

Dia mengatur langkah longlai menuju pulang..

Baru saja mengecapi kemanisan berumah tangga, sudah perlu berpisah.. Abdullah harus pergi..Dia keluar berniaga ke negeri Syam. Itulah satu2nya pekerjaan yg boleh menjamin kelapangan hidup berkeluarga. Lagi pula pekerjaan itu tdak asing lagi bagi keluarga Abdul Mutalib..

“Bersabarlah, aku pergi hanya beberapa minggu saja, Aku akan segera pulang membawa hadiah yg istimewa,” ucap Abdullah memujuk isterinya. Aminah tunduk menahan kesedihan..Beratnya hati hendak berpisah tetapi dia merelakan juga..

Ditemani Ummu Aiman, tinggallah Aminah di rumah yg baru didudukinya bersama Abdullah. Menghadapi har2 mendatang dgn sabar dan tenang.Biarlah Abdullah pergi. Dari jauh dia sentiasa mendoakan keselamatan dan kebaikan buat suaminya itu.

Tetapi kadang2 terasa hari seperti lambat berganti. Khabar apakah dia di sana? Belum sampai lagikah masa untuk berangkat pulang ke tanah air? Dan macam2 yg bermain di fikiran Aminah, tatkala sesekali duduk seoarangan melayan perasan.

Dalam sabar tak sabar menunggu, sudah 2 bulan Aminah ditinggalkan. Selama itu jugalah dia tabah mangharungi hidup tanpa suami tercinta. Bersama Ummu Aiman dan ada juga sanak keluarga yg dating menjenguk, Aminah tidak berasa keseorangan. Cuma sesekali nalri kewanitaannya yg berg elar isteri terlalu ingin berada di sisi suami.

Benih di dalam rahimnya sedang tumbuh subur dan membesar dgn baik sekali. Aminah gembira. Dan betapa inginnya dia berkongsi kegembiraan itu bersama suami. Mereka bakal bergelar ibu dan bapa.

Kerana itulah setiap kali mengetahui ada kafilah dagang pulang, Aminah tidak boleh duduk diam. Kafilah dari manakah itu? Kafilah yg disertai suaminya dulukah? Tetapi hampa. Kafilah2 itu bukan semuanya dari Syam. Aminah menerimanya dgn tenang dan redha.

“Dengarnya, ada kafilah sedang dalam perjalan balik,” beritahu Barrah, ibu Aminah sewaktu datang melawat Aminah.

“Dari mana, mak?” tanya Aminah.

“Dari Syam. Jangan2 itu kafilah yg suamimu ikut dahulu.”

Dada Aminah berdebar.lambat lagikah kafilah itu akan tiba di Makkah? Tidak sabar hendak melihat wajah suaminya. Hatinya melonjak riang. Jika benar itu rombongan suaminya dahulu, berakhirlah sudah penantianya selama ini.

Tetapi sampai ke tengah hari, tidak terdengar pun ketukan pintu. Walhal rombongan dagang sudah lama sampai. Mereka yg menyertainya sudah pulang ke rumah masing2. Hanya seorang kagi belum muncul- Abdullah.

Ke manakah dia? Ke rumah oaring tuanya barangkali, hati kecil Aminah berbisik

Tiba2 datang beberapa orang dari kalangan keluarganya dan mentuanya, Abdul Mutalib dan ayah nya, Wahab.

Belum sempat Aminah bertanya, ayahnya memberitahu, “Abdullah tidak dapat pulang bersama rombongannya. Dia diserang penyakit batuk sampai tidak boleh berjalan. Abdullah terpaksa berehat di Yasrib untuk menerima rawatan di sana. Setelah smbuh nanti pasti dia akan segera pulang.”

Terasa bagai disentap perasaan. Pilu tak terkata. Seakan hancur luluh seluruh harapan yg dipendam sekian lama. Rindu Aminah tidak terubat juga. Sambil tertunduk membendung kesedihan, Aminah membiarkan saja air matanya berguguran.

Untuk mengetahui keadaan Abdullah, Abdul Mutalib menghantar Al-Harith, abang sulung Abdullah pergi ke yasrib. Sementara Aminah menunggu dgn sabarnya. Bahkan penantian kali ini lebih menguji ketabahan berbanding penantian dahulu.

Dulu menanti suaminya pulang. Kali ini menanti suaminya sembuh, menanti suaminya sihat dan menanti suaminya pulang. Tetapi sayangnya, penantian Aminah tidak berakhir dgn keplangan. Penantiannya berakhir krn org yg dinanti sudah tiada lagi..

Terasa kaku seluruh sendi anggota Aminah sebaik saja mendgr berita sedih itu dari abg iparnya. Dia bakal melahirkan anak tanpa suami tercinta. Anak itu pula tidak sempat mengenali siapa ayahnya….....