Wednesday, July 29, 2009

Aku HaNya beRserAh pAda Mu





Selam aleykum


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Arini agak free sket.. So bleh la nk update blog.. Kalu sebelum nie duk wat repot akhir.. Ye la 2 3 ari lagi poli da nak buka (baru kalut nk siap repot)..huhuhu

Entri kali ni speacial 4 DRIVER.. Maklum la sari 2 lagi 1 Ogos.. Nak jalan jauh.. Bila da jalan jauh, ada la yang rase ngantuk.. Bila da ngantuk otak kita da x berfungsi n sedar, mata tertutup, tangan n kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu.. peratus untuk xcident 2 tinggi 99% (kajian yang kata)

So kat bawah nie ada sket tips tuk drivers seblum memulakan perjalanan:

sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi
boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ

“LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM...”
(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah
dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu
memulakan perjalanan anda

ditambah dengan ayat:


“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X


Moga Allah melindungi kita semua

Monday, July 27, 2009

Oh Tuhan

Selam Aleykum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang

"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta"
Al Ankabut:2-3

Hai pejuang..Allah jadikan kita hidup di alamNya ni ada tujuan, ada matlamat.. Apa matlamatnya? Apa tujuannya? Allah telah memberitahu kita dalam ayatNya

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku"
az Zariyat:56

Hai pejuang.. Cukupkah amal ibadahmu? Yakin kah dengan amal ibadahmu itu? Yakin kah dengan amal ibadahmu itu, kamu akan berada di tempat yang selesa?

Hai pejuang.. Apakah kamu boleh senang2 hidup di alam sementara ini.. Tidak pejuang.. Kamu akan di uji oleh Allah sebagaimana Allah telah menguji orang2 yang sebelum kamu...

Mengapa Allah menguji aku?
Mengapa tidak menguji orang lain?
Mengapa ujian aku lebih berat sedangkan orang lain tidak?
Mengapa sukar untuk aku menerima ujian ini?
Mengapa?
Mengapa?
dan Mengapa??? Aku sering tanya pada hati..
Kalaulah aku tahu ttg hadith ini....

"Sesungguhnya Allah SWT apabila mengasihi satu kaum, dicubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat keredhaan Nya. Barangsiapa yang benci (marah) maka baginya kemurkaan Allah SWT"

Subhanallah... Setiap ujian yang Allah berikan kepada kita itu adalah tanda Dia kasih pada kita, tanda sayang kepada umat Nya..

Tapi ingatlah pejuang... Kalau kita tidak berhubung denganNya, tidak bertawakal kepadaNya, tidak berpegang kepada kitabNya dantidak mengikuti Sunnah Nabinya... Maka kita sebenarnya dalam keadaan musibah yang besar...


Wednesday, July 22, 2009

Cintanya di Ragut di Tengah Sahara

Ummu Aiman menoleh ke blakng. Menolah ke kiri. Menoleh ke kanan. Seluruhnya padang pasir kosong. Padang pasir gersang sesayup mata memandang. Tahulah dia, kembaranya itu sudah jauh benar meninggalkan pangkalan. Tidak mungkin berpatah semula. Mesti terus ke depan selagi boleh sementara mentari masih bercahaya.
Tetapi angin yg bertiup kencang mula menghalang perjalanan. Semakin lama semakin dengan bunyi deruan yg sangtat nyaring. Bergema seperti sura lolongan sekawan serigala yg memuja bulan purnama, membangkitkan rasa seram. Tidak ada petunjuk ia akan reda dlam waktu yg singkat.
Ummu Aiman sudah terbatuk2. Begitu juga dgn cik puannya. Tidak terdaya lagi mancabar kekuatan alam yg satu itu. Mereka sedang berhadapan ribtu pasir yg menakutkan. Satu cara sj untuk menanganinya ialah mencari tempat berlindung. Itu lebih selamat.
“ Disana cik puan..ada batu besar. Kita berlindung di sana,”
“Mari..” balas Aminahsambil memeluk kemas anak kecilnya yg sudah diselimut rapi.
Setelah cuca pulih, masih tidak kemana2..kerana badan Aminah terasa lemah. Batuknya menjadi2.Ummu Aiman menyedari keadaan yg tidak memuaskan itu. Dia tidak sanggup berdalihapabila ditanya oleh anak majikannya.
‘Ibu kurang sihat. Kita perlu berehat dulu disinisampai ibu pulih,” jawab Ummu Aiman
“Berapa hari”
“Mungkin sehari dua lagi.”
Banyak kali Ummu Aiman mmenahan sebak malihat anak majikannya begitu setia menunggu ibu nya pulih. Tidak pernah meninggalkan ibunya yg terbaring kelesuan. Mengusap2 tangan ibu, mengajak ibu berbicara. Membelai2 manja wajah ibu, meminta ibu melukiskan senyumannya.
Menyuap makan dan minum apabila ibu mahukannya. Semuanya dilakukan oleh si kecil berhati mulia itu. Apabila ibu terlena, ditatap puas2 wajah ibu. Seolah2 tidak pernah dia menatap sebegitu cermat seraut wajah kecintaannya itu.
Apbila ibu terjaga, dia merenung jauh ke dalam mata ibu yg semakin layu. Mencari anak mata yg semakin pudar sinarnya. Dan semakin hari mata itu semakin jarang pula terbuka. Oh! Pilunya hati melihat ibu begini! Tuhan… bagaimanakah kesudahan nasib ibu? Kembalilah kesihatan ibu. Aku mahu pulang bersama ibu. Mahu berbual2 dgn ibu dan bergurau mesra seperti selalu. Oh! Tuhan..!
“ Muhammad..” Aminah membuka suara. Sambil cuba membuka senyumannya. Tetapi sekejap saja.
“Ya, ibu. Muhammad disini.”
Aminah cuba lagi tuk memberikan senyumannya. Gayanya seperti ada sesuatu yg hendak di beritahu. Tetapi tidak terucap. Mengah dengan nafas yg terputus2. Akhirnya dia sekadar memanjangkan sedikit senyuman pudarnya sebelum memejamkan mata dgn lambat sekali. Tangannya yg menggenggam beransur2 merenggang.
“Ibu…”
Tiada jawapan. Tangan ibu tidak lagi menggenggam. Hanya hangatnya masih terasa. Ummu Aiman yg berada di situ tidak dapat menahan perasaannya lagi. Tak upaya menahan sebak yg seperti mahu memecahkan dadanya.
Akhirnya dia tunduk saja mendengar anak kecil di hadapannya berkali2 memanggil ibunya.
“Ibuuuuuu!!!”
“Ibuuuuuu!!!”
Dipaut anak kecil itu yg sedang teresak2 ke dalam rangkulannya. Kemas pelukan Ummu Aiman persis pelukan ibu yg memulihkan duka anaknya..
Ibu yg sama2 mengharungi padang pasir yg panas membakar oleh haba siang dan dingin menggelatuk pada suhu malam.
Rupa2nya kembar a ibu sama seperti kembara al marhum ayah – keluar marantau dan tidak sempat pulang. Seperti ada pesan yg tidak terucap. Ada soalan yg tidak berjawab. Dan hinggalah akhirnya perlahan2 tangannya terlepas dari genggaman ibu. Alam dan seluruh isinya bagai turut meratapi saat penuh kesayuan itu.
Ummu Aiman hanya mampu memujuk agar tangisan tidak berpanjangan. “Sudahlah, nak. Ibu dah tak ada lagi.”
“Ibuuu..” suara lirih bersulam esakan, cukup meruntun tangkai hati. Mengheret Ummu Aiman hanyut semula ke dalam lautan emosi. Lalu semakin kemas dia merangkul tubuh anak yatim piatu itu. Di dalam hati dia bertekad akan memelihara dan menjaga anak itu seperti anak sendiri. Akan mencurahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada anak itu.
Ummu Aiamn tidak akan mensia2kan anak yatim piatu yg masih teresak2 menahan sedu dalam pelukannya itu. Walau tiada ibu tempat bermanja, anak itu masih punya dia – inang pengasuh yg sangat penyayang……